Permohonan Rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat) 2025 kini dibuka! Semak kelayakan anda di sini dan mohon segera!

Permohonan Rumah PPR 2025 Kini Dibuka – Mohon Sekarang Sebelum Terlambat!

Berita baik untuk anda yang sedang mencari rumah mampu milik! Permohonan bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) 2025 kini dibuka. Program ini ditawarkan khas kepada golongan berpendapatan rendah dan mereka yang tidak memiliki rumah.

Program PPR ini dilaksanakan oleh Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), sebagai inisiatif kerajaan dalam menyediakan kediaman yang selesa dan berkualiti kepada rakyat Malaysia.

Kategori Rumah PPR 2025

Terdapat dua jenis skim yang ditawarkan dalam Program PPR:

PPR Disewa

  • Kadar sewa: RM124 sebulan

  • Lokasi strategik di bandar dan kawasan tumpuan

PPR Dimiliki

  • Harga seunit:

    • RM35,000 (Semenanjung Malaysia)

    • RM42,000 (Sabah & Sarawak)


Reka Bentuk & Ciri Rumah PPR

Semua unit rumah di bawah PPR direka bentuk mengikut Standard Perumahan Kebangsaan bagi rumah kos rendah (CIS2), dengan ciri-ciri seperti:

  • 3 Bilik Tidur

  • 1 Ruang Tamu

  • 1 Dapur

  • 2 Bilik Air

  • Jenis rumah: Bertingkat (6–18 tingkat) atau rumah teres di pinggir bandar

  • Kemudahan asas lengkap:

    • Surau / Ruang Solat

    • Dewan Komuniti

    • Gerai Makan / Ruang Niaga

    • Tadika

    • Kemudahan OKU

    • Taman Permainan

    • Rumah Sampah


Syarat Kelayakan Permohonan Rumah PPR

Untuk memohon, pemohon perlu memenuhi kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia

  • Berumur 18 tahun ke atas

  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan

  • Tidak memiliki rumah sendiri

  • Memenuhi syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri


Cara Permohonan Rumah PPR 2025

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) atau melalui agensi perumahan negeri.

Permohonan Online Melalui Portal TEDUH

Langkah-langkah permohonan:

  1. Daftar Akaun di Portal TEDUH

  2. Aktifkan Akaun & Log Masuk

    • Sahkan akaun melalui e-mel.

    • Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.

  3. Pilih Skim PPR

    • Pilih antara PPR Disewa atau PPR Dimiliki

    • Semak senarai projek yang dibuka di negeri anda

  4. Isi Maklumat Pemohon

    • Lengkapkan maklumat peribadi, pendapatan, pasangan dan tanggungan.

  5. Pilih Projek Perumahan

    • Cari dan pilih projek berdasarkan lokasi yang diingini.

    • Klik “Mohon Unit Ini”

  6. Muat Naik Dokumen Sokongan

    • Pastikan dokumen dalam format PDF dan tidak melebihi 3MB

  7. Pengesahan & Hantar Permohonan

    • Tandakan pengesahan dan klik “Sah & Hantar Permohonan”


Program Rumah Transit (Khas untuk Pasangan Muda)

Selain PPR, Program Rumah Transit juga tersedia secara online melalui Portal TEDUH. Ia ditawarkan kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur 18–30 tahun, dengan kadar sewaan RM250 sebulan selama 2 tahun.


Maklumat & Bantuan Lanjut

Sekiranya anda menghadapi masalah semasa permohonan atau memerlukan bantuan, sila hubungi nombor berikut:

📞 Bahagian PPR

  • Selangor, Melaka, Johor, Negeri Sembilan: 03-8891 4052

  • KL, Sabah, Sarawak: 03-8891 4278

  • Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu: 03-8891 4028

🔧 Masalah Teknikal / Sistem

Soalan Lazim Rumah PPR 2025

1. Betul ke kalau tak ada cable, memang susah nak dapat rumah PPR?
Tak dinafikan, ada kes pemohon layak tapi masih menunggu bertahun. Tapi bukan semua sebab cable. Sistem permohonan PPR memang ikut tapisan – pendapatan, status rumah, jumlah tanggungan, dan kekosongan unit. Tapi realitinya, kalau ada surat sokongan ADUN/parlimen, memang boleh bantu percepatkan.
2. Kenapa saya mohon 3 tahun lepas masih senyap?
Ada banyak sebab:
•Pemohon tak kemas kini maklumat (nombor telefon dah tak aktif)
•Tiada kekosongan unit di lokasi yang dimohon
•Sistem gagal tapis sebab dokumen tak lengkap
•Kadangkala data hilang atau permohonan tak diproses betul
3. Boleh tak tukar lokasi selepas mohon?
Boleh, tapi kena batalkan permohonan lama dulu dan buat baru dengan lokasi yang lain. Ramai tak tahu benda ni, sebab tu permohonan sangkut tanpa berita.
4. Kalau rumah PPR saya rosak, siapa kena baiki?
Jika masih dalam tempoh waranti (biasanya 2 tahun dari siap), pemaju tanggung. Tapi kalau dah duduk 5–10 tahun, anda sendiri kena baiki. Banyak PPR lama sekarang alami masalah lif rosak, paip bocor, dinding merekah – boleh rujuk pengurusan bersama atau JMB untuk aduan berperingkat.
5. Boleh tak buat Grab, meniaga Shopee atau COD dari rumah PPR?
Secara rasmi – tidak digalakkan buat perniagaan dari unit rumah tanpa kebenaran pengurusan. Tapi realitinya, ramai dah buat jualan makanan, Shopee dropship, servis COD dan GrabCar dari PPR. Cuma pastikan:
•Tak ganggu jiran
•Tak ubah suai rumah jadi kedai
•Parking tak halang laluan
6. Boleh ke saya jual rumah PPR yang saya beli lepas beberapa tahun?
Kalau PPR jenis “dimiliki”, biasanya ada syarat tidak boleh jual dalam tempoh 5–10 tahun. Tapi selepas itu, boleh jual dengan kebenaran. Tapi harga jual semula terhad. Bukan macam hartanah komersial lain.
7. Kenapa jiran saya boleh dapat rumah PPR walaupun dia ada kereta besar & pendapatan tinggi?
Ada kes begitu. Mungkin mereka mohon lama dulu semasa masih layak. Atau guna nama isteri/suami. Sistem tapisan tak sempurna 100%, jadi kadangkala berlaku ‘terlepas pandang’.
8. Kalau saya duduk menyewa rumah sekarang, layak tak mohon PPR?
Ya. Malah, menyewa adalah antara syarat utama kelayakan – kerana PPR khas untuk mereka yang belum ada rumah sendiri.
9. Boleh tak anak saya (umur 19) mohon sendiri rumah PPR?
Boleh jika:
•Sudah ada pendapatan sendiri
•Gaji bawah RM3,000
•Belum berkahwin atau tanggungan
Tapi keutamaan tetap diberi kepada keluarga dengan tanggungan atau ibu bapa tunggal.
10. Apa yang saya patut buat kalau permohonan masih ‘Dalam Proses’ sejak tahun lepas?
•Hubungi terus pejabat perumahan negeri atau KPKT
•Semak semula permohonan dan kemas kini butiran peribadi
•Dapatkan surat sokongan dari wakil rakyat
•Cuba mohon lokasi PPR alternatif yang kurang permintaan

Jangan Tunggu Lagi – Mohon Sekarang!

Rebut peluang untuk memiliki atau menyewa rumah mampu milik di bawah Program PPR 2025. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian dengan mudah melalui Portal TEDUH KPKT.

👉 Klik untuk mula memohon sekarang: https://teduh.kpkt.gov.my

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top